Total Pageviews

Wednesday, December 31, 2014

Happy New Year 2015

Hye Fella,

Good bye 2014..Welcome 2015!!!

YEAH!!! this is the end of 2014 dan malam ne countdown to 2015... Kegembiraan macam ne bolehlah kita kongsikan bersama family,sedara-mara &  kawan2 * bagi yang jauh dari family* yelah IBA faham jugak, kalau2 setuden ne slalu xsempat balik umah or mana nak standby upcoming exam/semester yang xlama lagi..
Cuma gambar hiasan
TAPI... dalam kegembiraan kita tu janganlah kita lupakan dengan mangsa2 banjir yang melanda di Pantai Timur, IBA paham juga wei sebab kat kampung IBA tu lah dulu paling senang kena banjir ya.. setiap tahun dah bole jadi projek setiap hujung tahun bersihkan umah sebab banjir tapi yang di Pantai Timur ne rasanya inilah yang paling dasyat.. apa-apa pun kita doakan saja semoga segalanya beransur baik, dan mesti ada hikmah disebalik kejadian.

Cuma gambar hiasan
DAN.. kita bukan saja dikejutkan dengan banjir akhir tahun, tapi kita juga dikejutkan dengan hilangnya Pesawat QZ8501 yang berlepas dari Indonesia ke Singapura.. Naseb baik dijumpai tapi malangnya dalam keadaan yang menyayat hati..kita doakan saja dan sedekahkan Al Fatihah ya...semoga mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

Ok, IBA xnak cakap banyak sebabnya IBA kejap lagi nak balik dari keja dan zoom trus nak balik kampung, insyAllah doakan semoga selamat sampai. aminnn....

HAPPY NEW YEAR UOLSSS


Tuesday, December 30, 2014

Nak Tahu Qarin kita buat apa?

Hye Fella,

Qarin @ Kembar Ghaib. Hang tahu ka apa dia? kalau tahu tu baguslah, kalau yang xtahu tu ehm xpa IBA terangkan serba sedikit apa yang IBA tahu ya.

Apa yang IBA tahu tentang Qarin?

Qarin ne antara makhluk Allah yang dilahirkan bersama2 dengan kita. Jasadnya tidaklah kelihatan dengan mata kasar tapi kalau nak tengok pun boleh juga.. cuma ada caranya.. Apa yang IBA tahu Qarin ne orang kata kalau kita buat baik, dia pula akan buat perkara jahat. dan sebaliknya lah.. xtahulah betul ka tidak.

Apa yang IBA tanya dengan pacik Google tentang Qarin?

Mengikut Pacik Goo goo lah kan, Jin Qarin ne mendampingi manusia dari start saja dilahirkan dan sehinggalah kita ne sampai ajal. jadi setiap kita memang adalah.Beliau **beliau lagi tu** akan mendampingi manusia tujuannya adalah untuk menyesatkan macam tulah. Dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang Jin Qarin ne.

Ok yang itu serba sedikit tentang Jin Qarin @ Kembar Ghaib kita ne. Apa yang menarik minat IBA dengan Jin Qarin ne, IBA terbaca tulisan daripada blog media network , Cara-cara untuk melihat Jin Qarin kita.

Cara-caranya:

1) Cabut 7 helai rambut kepala.
2) Ambil 7 potongan kuku kaki or jari.
3) Letak bahan-bahan tadi dalam sehelai kain putih. **macam masak2 pula kan*
4) Perahkan limau nipis 1 biji. *Kasi habis* dan titiskan atas gulungan kain tadi.
5) Letak gulungan tu di taman. Biarkan selama 7 hari. *jangan bagitau dengan jiran tetangga/sedara mara pasal hal gulungan kain tadi.
6) Hari kelapan, hasilnya akan kelihatan, tidaklah kelihatan penuh tapi akan muncul sepintas lalu dan dia kan melakukan perkara yang selalunya kita lakukan.

Tips: Kalau rasa2 xberani xpayahlah ya. kang ada juga tetiba pengsan. yang berani cubalah IBA sendiri pun xberani ne. So, kalau da buat tu please share. TQ

Something not right

Hye Fella,

IBA nak cerita sikit, btw apa habar uols?

Ok ceritanya macam gini, haritu anak buah IBA nak minta tolong buatkan email baru, jadinya IBA ne tolonglah well orang IT lah kunun kunun.

So, IBA ne lurus bendullah minta segala infor yang berkaitan dan masukkan segalanya kedalam kotak yang telah disediakan. Masukkan nama, nama samaran *bagilah yang elok2*, dan sebagainya. Sampailah ke satu part yang agak menimbulkan curiosity yang agak membuak-buak. cer tgk ne:


Korang rasa2 xmenimbulkan syak prasangka ka? IBA ya, dan IBA nak juga mengetahui apa yang dikategorikan sebagai Other ne.. cer tgk cer tgk.

Monday, November 17, 2014

Sila beri tunjuk ajar

Blog bukan lah sesuatu yang mudah untuk diisi sepanjang masa..tertanya tanya jugalah IBA how blogger lain bole dapat info yang boleh  menarik minat orang lain..kalomdiaebabkan news yang dilampirkan hari2 juga IBA ne baca news *walaupun hakikatnya xpernah selalu kan*

Nak juga IBA ne bertanya pada yang pakar apa sebenarnya dan bagaimana blogger lain tu dapatkan info..kan kan kan..

Ada blogger lain yang IBA baca byknya berkenaan makanan, travelling, life story dan macam2 lagilah.. tapi yang slalu bagi info luar negara dan news2 hangat ne darimana sumber sebenarnya ek? Like seriusblog dan bn. IBA nak juga merasa yang blog IBA tu di repost, retweet, rewall *adaka?* hehhhe kan kan kan...korang xrasa gitew?..

Macamana sebenarnya ek? Adakah story IBA terlalu hambar, xbest sa sbagainya.. * nmpk sgt gila popular tu kan* p nak juga sekali skala kan..

Silalah beri tunjuk ajar ya..

Tq

Monday, September 15, 2014

Karnival Hari Malaysia 2014 @ Pink Ladies Market Beaufort

Merdeka merdeka merdeka!!

Hehhhe semangat IBA da sekarang sbab masih lagi dalam bulan kemerdekaan kan..

Well fella, apa habaq!!

Baru baru ne IBA menguruskan program daripada anjuran IKSnita dan DK business link..ditaja oleh Universal Motor Isuzu no 1 top dealer Sabah.. trimas banyak2 lah sebab UM telah menolong dan melancarkan 50% program dan hanya tinggal kerat tenaga dari kami saja lagi..

Program Kanival Hari Malaysia @ Pink Ladies Market Beaufort. Itulah nama program yang telah dipilih.. dan daerah kecil Beaufort, Sabah inilah dipilih. Spesialnya tempat ini dipilih sbab IBA berasal dari Kota Kecil ini.. hehehhhe

Sepanjang IBA bersama dalam team/kumpulan iksnita & dkbl (DK Business Link)  ini, banyak pengalaman yang IBA ambil.. pelbagai urusan yang IBA sudah lakukan dan ada juga hinaan pernah IBA terima tetapi IBA anggap itu semua nasihat untuk penambahbaikkan.. syukur kehadrat illah, dengan izinnya program d Beaufort berjalan dengan lancarnya (walaupun ada aktiviti yg tidak ada penyertaan terpaksa dimansuh) tapi hadiahnya dibawa ke cabutan tiket bertuah.. pada mulanya IBA macam tidak yakin yang akan ada membeli tiket bertuah dan membuatkan orang ramai datang.. tpi itulah kenyataan, hadiah sangat penting..untuk tarik orang ramai.. 

Dan IBA juga tidak sangka yang org2 Beaufort semuanya sporting.. walaupun aktiviti semuanya berbayar paling minima RM 3 - 5.. tapi semuanya sporting untuk join serta...pelbagai jenis aktiviti disediakan, Pertandingan Suara Patriotik Beaufort (Semi-Final & Final), Pertandingan Mewarna (kanak-kanak), Pertandingan Melukis (terbuka), Pertandingan Makan Kelupis (makanan tradisi etnik Sabah), dan Pertandingan Bungkus Kelupis. Dan tidak ketinggalan ada seminar khas yang disampaikan oleh Bank Rakyat, khas untuk usahawan kecil & sederhana yang menerangkan bagaimana mengembangkan bisnes kepada yang lebih besar sesuai juga dengan slogan mereka, Bank Pilihan Anda. chewahhh~~

Selain program tadi, ada juga program yang xsempat sebabnya tak ada penyertaan dan tak bersesuaian seperti, pertandingan ratu seragam, pertandingan baju tidur dan aerobic. Ini disebabkan juga kekurangan ahli dan kepenatan yang susah untuk diselaraskan tapi xpa segalanya berbaloi..

Dan sekarang, IBA dah pun mengambil keputusan yang IBA berenti dari kompani ini. Memanglah bukan senang untuk mencari pekerjaan tpi IBA rasa IBA xsesuai sudah. Xpa, segalanya pasti ada hikmah.. pasal career nnt IBA cerita lebih lanjut di entry yang lain ya.. 

Sebagai penutup, IBA hidangkan gambar2 semasa Karnival Hari Malaysia 2014 @ Pink Ladies Market Beaufort berlangsung. hehehheh