Total Pageviews

Wednesday, December 31, 2014

Happy New Year 2015

Hye Fella,

Good bye 2014..Welcome 2015!!!

YEAH!!! this is the end of 2014 dan malam ne countdown to 2015... Kegembiraan macam ne bolehlah kita kongsikan bersama family,sedara-mara &  kawan2 * bagi yang jauh dari family* yelah IBA faham jugak, kalau2 setuden ne slalu xsempat balik umah or mana nak standby upcoming exam/semester yang xlama lagi..
Cuma gambar hiasan
TAPI... dalam kegembiraan kita tu janganlah kita lupakan dengan mangsa2 banjir yang melanda di Pantai Timur, IBA paham juga wei sebab kat kampung IBA tu lah dulu paling senang kena banjir ya.. setiap tahun dah bole jadi projek setiap hujung tahun bersihkan umah sebab banjir tapi yang di Pantai Timur ne rasanya inilah yang paling dasyat.. apa-apa pun kita doakan saja semoga segalanya beransur baik, dan mesti ada hikmah disebalik kejadian.

Cuma gambar hiasan
DAN.. kita bukan saja dikejutkan dengan banjir akhir tahun, tapi kita juga dikejutkan dengan hilangnya Pesawat QZ8501 yang berlepas dari Indonesia ke Singapura.. Naseb baik dijumpai tapi malangnya dalam keadaan yang menyayat hati..kita doakan saja dan sedekahkan Al Fatihah ya...semoga mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman..

Ok, IBA xnak cakap banyak sebabnya IBA kejap lagi nak balik dari keja dan zoom trus nak balik kampung, insyAllah doakan semoga selamat sampai. aminnn....

HAPPY NEW YEAR UOLSSS


Tuesday, December 30, 2014

Nak Tahu Qarin kita buat apa?

Hye Fella,

Qarin @ Kembar Ghaib. Hang tahu ka apa dia? kalau tahu tu baguslah, kalau yang xtahu tu ehm xpa IBA terangkan serba sedikit apa yang IBA tahu ya.

Apa yang IBA tahu tentang Qarin?

Qarin ne antara makhluk Allah yang dilahirkan bersama2 dengan kita. Jasadnya tidaklah kelihatan dengan mata kasar tapi kalau nak tengok pun boleh juga.. cuma ada caranya.. Apa yang IBA tahu Qarin ne orang kata kalau kita buat baik, dia pula akan buat perkara jahat. dan sebaliknya lah.. xtahulah betul ka tidak.

Apa yang IBA tanya dengan pacik Google tentang Qarin?

Mengikut Pacik Goo goo lah kan, Jin Qarin ne mendampingi manusia dari start saja dilahirkan dan sehinggalah kita ne sampai ajal. jadi setiap kita memang adalah.Beliau **beliau lagi tu** akan mendampingi manusia tujuannya adalah untuk menyesatkan macam tulah. Dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang Jin Qarin ne.

Ok yang itu serba sedikit tentang Jin Qarin @ Kembar Ghaib kita ne. Apa yang menarik minat IBA dengan Jin Qarin ne, IBA terbaca tulisan daripada blog media network , Cara-cara untuk melihat Jin Qarin kita.

Cara-caranya:

1) Cabut 7 helai rambut kepala.
2) Ambil 7 potongan kuku kaki or jari.
3) Letak bahan-bahan tadi dalam sehelai kain putih. **macam masak2 pula kan*
4) Perahkan limau nipis 1 biji. *Kasi habis* dan titiskan atas gulungan kain tadi.
5) Letak gulungan tu di taman. Biarkan selama 7 hari. *jangan bagitau dengan jiran tetangga/sedara mara pasal hal gulungan kain tadi.
6) Hari kelapan, hasilnya akan kelihatan, tidaklah kelihatan penuh tapi akan muncul sepintas lalu dan dia kan melakukan perkara yang selalunya kita lakukan.

Tips: Kalau rasa2 xberani xpayahlah ya. kang ada juga tetiba pengsan. yang berani cubalah IBA sendiri pun xberani ne. So, kalau da buat tu please share. TQ

Something not right

Hye Fella,

IBA nak cerita sikit, btw apa habar uols?

Ok ceritanya macam gini, haritu anak buah IBA nak minta tolong buatkan email baru, jadinya IBA ne tolonglah well orang IT lah kunun kunun.

So, IBA ne lurus bendullah minta segala infor yang berkaitan dan masukkan segalanya kedalam kotak yang telah disediakan. Masukkan nama, nama samaran *bagilah yang elok2*, dan sebagainya. Sampailah ke satu part yang agak menimbulkan curiosity yang agak membuak-buak. cer tgk ne:


Korang rasa2 xmenimbulkan syak prasangka ka? IBA ya, dan IBA nak juga mengetahui apa yang dikategorikan sebagai Other ne.. cer tgk cer tgk.

Monday, November 17, 2014

Sila beri tunjuk ajar

Blog bukan lah sesuatu yang mudah untuk diisi sepanjang masa..tertanya tanya jugalah IBA how blogger lain bole dapat info yang boleh  menarik minat orang lain..kalomdiaebabkan news yang dilampirkan hari2 juga IBA ne baca news *walaupun hakikatnya xpernah selalu kan*

Nak juga IBA ne bertanya pada yang pakar apa sebenarnya dan bagaimana blogger lain tu dapatkan info..kan kan kan..

Ada blogger lain yang IBA baca byknya berkenaan makanan, travelling, life story dan macam2 lagilah.. tapi yang slalu bagi info luar negara dan news2 hangat ne darimana sumber sebenarnya ek? Like seriusblog dan bn. IBA nak juga merasa yang blog IBA tu di repost, retweet, rewall *adaka?* hehhhe kan kan kan...korang xrasa gitew?..

Macamana sebenarnya ek? Adakah story IBA terlalu hambar, xbest sa sbagainya.. * nmpk sgt gila popular tu kan* p nak juga sekali skala kan..

Silalah beri tunjuk ajar ya..

Tq

Monday, September 15, 2014

Karnival Hari Malaysia 2014 @ Pink Ladies Market Beaufort

Merdeka merdeka merdeka!!

Hehhhe semangat IBA da sekarang sbab masih lagi dalam bulan kemerdekaan kan..

Well fella, apa habaq!!

Baru baru ne IBA menguruskan program daripada anjuran IKSnita dan DK business link..ditaja oleh Universal Motor Isuzu no 1 top dealer Sabah.. trimas banyak2 lah sebab UM telah menolong dan melancarkan 50% program dan hanya tinggal kerat tenaga dari kami saja lagi..

Program Kanival Hari Malaysia @ Pink Ladies Market Beaufort. Itulah nama program yang telah dipilih.. dan daerah kecil Beaufort, Sabah inilah dipilih. Spesialnya tempat ini dipilih sbab IBA berasal dari Kota Kecil ini.. hehehhhe

Sepanjang IBA bersama dalam team/kumpulan iksnita & dkbl (DK Business Link)  ini, banyak pengalaman yang IBA ambil.. pelbagai urusan yang IBA sudah lakukan dan ada juga hinaan pernah IBA terima tetapi IBA anggap itu semua nasihat untuk penambahbaikkan.. syukur kehadrat illah, dengan izinnya program d Beaufort berjalan dengan lancarnya (walaupun ada aktiviti yg tidak ada penyertaan terpaksa dimansuh) tapi hadiahnya dibawa ke cabutan tiket bertuah.. pada mulanya IBA macam tidak yakin yang akan ada membeli tiket bertuah dan membuatkan orang ramai datang.. tpi itulah kenyataan, hadiah sangat penting..untuk tarik orang ramai.. 

Dan IBA juga tidak sangka yang org2 Beaufort semuanya sporting.. walaupun aktiviti semuanya berbayar paling minima RM 3 - 5.. tapi semuanya sporting untuk join serta...pelbagai jenis aktiviti disediakan, Pertandingan Suara Patriotik Beaufort (Semi-Final & Final), Pertandingan Mewarna (kanak-kanak), Pertandingan Melukis (terbuka), Pertandingan Makan Kelupis (makanan tradisi etnik Sabah), dan Pertandingan Bungkus Kelupis. Dan tidak ketinggalan ada seminar khas yang disampaikan oleh Bank Rakyat, khas untuk usahawan kecil & sederhana yang menerangkan bagaimana mengembangkan bisnes kepada yang lebih besar sesuai juga dengan slogan mereka, Bank Pilihan Anda. chewahhh~~

Selain program tadi, ada juga program yang xsempat sebabnya tak ada penyertaan dan tak bersesuaian seperti, pertandingan ratu seragam, pertandingan baju tidur dan aerobic. Ini disebabkan juga kekurangan ahli dan kepenatan yang susah untuk diselaraskan tapi xpa segalanya berbaloi..

Dan sekarang, IBA dah pun mengambil keputusan yang IBA berenti dari kompani ini. Memanglah bukan senang untuk mencari pekerjaan tpi IBA rasa IBA xsesuai sudah. Xpa, segalanya pasti ada hikmah.. pasal career nnt IBA cerita lebih lanjut di entry yang lain ya.. 

Sebagai penutup, IBA hidangkan gambar2 semasa Karnival Hari Malaysia 2014 @ Pink Ladies Market Beaufort berlangsung. hehehheh 










Tuesday, August 12, 2014

DILLEMA

IBA tgh stress.. dan adakala IBA susah untuk uruskan stress..

Morning fellas... hi! Hi ! Hi!

IBA xtau nak crita mcmna..sbab IBA suda mula rsa yang agak pelek untuk diri sendiri.. mungkin korang xtau or xpaham apa yang IBA cuba sampaikan tapi inilah IBA akan cuba juga luahkan segalanya

Memang sukar untuk IBA terangkan tapi yang pasti IBA sekali lagi telah bergelar penganggur tetap di dunia ne..ntah, IBA sendiri xtau nak buat macamana lagi dah...bila IBA dengar disana ada pekuang keja IBA pegi tpi selalunya apa yang IBA maukan susah untuk didapati.. ada juga pernah IBA rasa dah nak hilang/putus semangat sudah..tpi IBA kena juga teruskan...aiyo apa IBA nak buat ne..

Semakin hari semakin sukar dan IBA da xada arah tuju mau pegi.. Ya Allah! Brulah IBA paham perasaan seorang pengangur bila masa nak ke temuduga.. peluang pekerjaan adalah 1/100 = 0.01% untuk berjaya.. apa yang harus IBA lakukan? **sigh**

Sunday, May 4, 2014

Fuh Fuhhh!!

Fuh FuhHH!!

Seyes memang berhabuk tahan 5 tingkat lah kalau macam ne..yalah mana xnya kalo asyik2 post lambat...bukan apa bizi tahap dewa langit ke7 dan kengkangan kewangan yang terkangkang tahab gaban macam nelah...kalo dulu2 memang wifi kolej meranti lah jadi mangsa...kalo xnya pun dari tab sendiri yang mna dapat wifi free dri celcom...Tq Celcom...kalo baik hati lagi tolong bagi ya...tengah miskin tahap neraka suda...hehehhe

Hye Fella...

once again long time no post ya...so, pa cita? macam2 yang IBA menempuh sepanjang IBA berkerja ngan 1 agensi NGO yang taraf yang sangat tinggi ya...IBA pun nda sangka yang IBA berkerja ngan orang yang sangat berkaliber tinggi...bos IBA sangat baik mana lagi ahli2 nya bukan orang lain lagi rsanya seperti keluarga suda..

IBA sekarang berkerja di satu organisasi bernama DK Business Link dimana organisasi ini kerjanya hanya membuat program / organize events...walaupun bru 2 tahun tapi sambutan agak memuaskan...dibwah DKBL ini adalah 1 persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputera Sabah a.k.a IKSnita Sabah...

Logo IKSnita Sabah
Persatuan ni membantu ahli-ahli usahawan wanita yang ingin berjuang dan bersaing secara sehat dalam industri perniagaan/ keusahawan... dan DKBL akan tolong organize events untuk mereka dan usahawanis ne semua akan ikotlah dalam mana2 karnival or pesta...seperti yang sedang berlangsung xlama lagi ne di Daerah Papar, Sabah iaitu Pesta Hari Ibu 2014 sempena Bulan Mei ini Hari Ibu kan...

Sebelum ini, IKSnita Sabah sudah pun melancarkan perarakan himpunan 3,333 wanita di daerah keningau...sambutan mmg sgt memuaskan hati sehingga masuk daily news ya...mmg hebat!

Skrg ne, IBA bru saja bersantai2 sebentar, almaklumlah baru selsai ngan program Pesta Hari Ibu 2014 - Papar.. *baru jak maklum tadi* hehhheh dan sekarang mmg sgt2 bizi ngan upcoming events plak.. Mmg inilah tugas sebagai seorang Organizer ya...untuk kekalkan syarikat, pekerja harus ikot perintah dan IBA mmg jenis yang ikut perintah ya...hehhhe

Ok dan sekarang ne, dalam 1 office kami bahagikan kepada 4 iaitu, 303events, esm, dk business link dan iksnita sabah. semuanya dalam 1 bumbung... oyah, esm dengan kerjasam iksnita sekarang akan lancarkan Pink Ladies Market di seluruh Sabah.. dan Awal bulan June 06th ne adalah minggu pertama,. sambutan agak menggalakkan dari segi peniaga wanita tapi tugas kta plak haruslah datang dan meriahkan suasana lagi kan...untuk minggu pertama siri 1 ini di kawasan Beaufort dan Keningau...nah apa tunggu lagi, inilah peluangnya...dan dikawasan Gaya Street KK plak nnt ujung blan Jun.

Monday, March 17, 2014

Himpunan 3,333 Wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa 2014

Hye fella, how r u?


Agak lama jgak kan IBA x post entry tpi kali ini entry IBA spesial ckit sbabnya baru2 ini Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Bumiputra Sabah (IKSnita) ada menganjurkan karnival sempena hari wanita antarabangsa 2014...bertempat di Padang Bandaran Keningau pada 7 - 9 Mac 2014...


Seperti yang sedia maklum, March merupakan bulan untuk menyambut Hari Wanita dan pada 8hb Mac tu ada gimik perasmian iaitu Perarakan Himpunan 3,333 Wanita dan 40 Iron Ladies dimana diketuai oleh YB Datuk Azizah.. Program amat meriah dan sambutan agak menggalakkan sesuai dengan tahun melawat Malaysia...yalah xkan Visit Malaysia hanya dilakukan pada bandar2 besar sahaja kan...apa pula bagi kawasan luar bandar seperti keningau...mujur persatuan IKSnita luas pandangan dengan mengadakan aktiviti sebegini...
Mohd Erman: Salah Seorang Artis tempatan yang kami undang
Agak IBA terharu dan bangga dengan penyertaan ibu2 dan keluarga di keningau dengan penyertaan dan sporting mereka dalam memperagakan Kebaya Klassik dari org2 klassik, karaoke, mewarna dan msakan etnik dari pelbagai kaum...sehingga juri sendiri susah untuk menilai...kreativiti mereka, rsa msakan dan mcm2 lagilah...

Bukan sahaja dalam berhibur, tidak IKSnita lupa untuk beramal...tshirt perarakan berwarna purple pink dengan ditulis Himpunan 3,333 Wanita yang dijual RM 15 itu disalurkan kepada persatuan Talasemia Keningau...kami memberi peluang kepada semua yang bergelar wanita di keningau digalakkan membeli dan dipakai pada 8 mac 2014... mmg sangat purple pink ya...sangat meriah rugi IBA katakan bagi yang tidak turut serta,..ada jgak abg2 dan pakcik2 yang sporting turut memakai sebagai tanda sokongan mereka kepada yang bergelar wanita...asyik bukan!.. sambil berhibur, sambil kita beramal...

Baju Himpunan: Membeli Sambil Beramal
p/s: Kalau rajin mesti ada nampak pasal himpunan perarakan kami di daily express...ehehehhe sila2 lah skodeng ya